SEJARAH PENUBUHAN BILIK SUMBER PPDa SK LANDAS
Projek
pembinaan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah
Kebangsaan Landas dimulakan pada tahun 2008 hasil ilham dan hasrat mantan Guru
Besar SK Landas, Encik Mansor bin Ngah. Penubuhan bilik ini bertepatan dengan
hasrat dan seruan kerajaan yang ingin semua sekolah bebas dadah.
Bilik
Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bermatlamat untuk member
pengetahuan dan keinsafan kepada kumpulan sasar khususnya murid, guru dan
kakitangan sekolah serta ibu bapa dan seluruh masyarakat amnya tentang bahaya
dadah agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
MATLAMAT PENUBUHAN
Bilik Sumber
Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) Sekolah diwujudkan untuk
menyediakan satu pusat akses pendidikan pencegahan dadah yang lengkap
bagi kemudahan semua pihak khususnya pelajar dalam usaha menyalurkan maklumat
dan membimbing secara sistematik ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang
bebas daripada pengaruh dan ancaman dadah. Ia memenuhi hasrat kerajaan yang
meletakkan visi melahirkan ‘Sekolah Bebas Dadah’. Visi tersebut boleh dicapai
sekiranya setiap warganegara diberikan pendidikan pencegahan berhubung dengan
kesan dan pengaruh dadah.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Sebagai
mendokong cita-cita tersebut, pencegahan awalan melalui strategi pewujudan
pusat akses ini boleh dihuraikan melalui beberapa objektif penubuhannya
iaitu:
ü Menyediakan
satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah
di sekolah-sekolah.
ü Meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah di kalangan
murid secara lebih sistematik dan berkesan.
ü Menjadi
bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah.
ü Menjadi
tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karekter murid
cemerlang.
FUNGSI DAN PERANAN PENUBUHAN
Kewujudan Bilik
Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) Sekolah jika dilihat
dalam konteks yang lebih luas mempunyai fungsi dan peranan seperti berikut:
Ø Ia merupakan
pusat operasi pendidikan pencegahan dadah di sesebuah sekolah.
Ø
Ia merupakan
pusat sumber maklumat berkaitan kesan dan bahaya dadah, inhalan, rokok,
alkohol dan juga HIV/Aids.
Ø
Ia merupakan
ruang pameran antidadah dan karya pelajar yang kekal dan boleh diakses dengan
mudah oleh semua warga sekolah tanpa limitasi masa.
Ø
Ia merupakan
pusat aktiviti yang menyokong keberkesanan unit-unit lain di sekolah seperti
Unit Kaunseling, Unit Disiplin, Unit Bina Insan, Unit Kokurikulum, Asrama dan
sebagainya.
Ø
Ia merupakan
ruang pelajar berinteraksi dan meningkatkan kemahiran pelbagai sesama mereka.
Ø
Ia merupakan
ruang alternatif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
tertentu seperti pendidikan seni, kemahiran bahasa, kesihatan, pendidikan moral
dan sebagainya.
Ø
Ia merupakan
ruang untuk aktiviti kokurikulum pelajar.
Ø
Ia merupakan
ruang pameran kekal untuk dilawati semasa Hari Kualiti, Hari Graduasi, Hari
Terbuka dan sebagainya.
Kepelbagaian fungsi dan
peranan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah seperti
yang dinyatakan di atas bukan bermakna ia tidak berfokus kepada matlamat
asalnya sebagaimana yang digariskan. Namun ia adalah satu ruang yang bersifat
anjal dan boleh disepadukan dengan pelbagai elemen yang sedia ada di sekolah.
Dengan itu, secara tidak langsung ia akan membantu ke arah mewujudkan sekolah
sebagai intitusi ilmu yang kondusif kepada warganya.