KATA-KATA ALUAN
TUAN GURU BESAR SK LANDAS
TUAN GURU BESAR SK LANDAS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan
Salam 1Malaysia
Salam 1Malaysia
Organisasi
Pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Ia
bukan sahaja sebagai indikator kepada kedudukan tahap pembanunan negara, tetapi
juga akan menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara dimasa akan
datang.
Aspek pembangunan modal insan amat penting
dititikberatkan. Sekiranya modal insannya baik, majulah
negara tersebut secara hakikinya, dan sebaliknya. Gelodakan
globalisasi dan pembangunan materialisme dan ICT yang semakin kencang ini tidak
akan membawa erti sekiranya masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai
masalah. Justeru, dalam meralisasikan hasrat tersebut, SK Landas telah berjaya
mewujudkan Bilik Sumber PPDa yang bergerak aktif memberi info dan mengadakan
program kepada murid dan masyarakat sekitar.
Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal
insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (pelajar) dan senario sosial
mereka masa kini (disiplin). Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira
pengawalan dan latihan disiplin di kalangan pelajar, kerana merekalah pewarsi
generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, “Apabila
kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya
pada hari ini”.
Semoga dengan wujudnya Bilik Sumber PPDa di Sekolah
Kebangsaan Landas, maka tercapailah visi dan misi sekolah mahupun Negara.
Sekian,
terima kasih.
“SEKOLAH
BEBAS DADAH”
“NEGARA
BEBAS DADAH”
WAN ABD RAZAK BIN WAN IDRIS
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Landas