KATA-KATA ALUAN

KATA-KATA ALUAN 
TUAN GURU BESAR SK LANDAS




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan 
Salam 1Malaysia
  

           Organisasi Pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Ia bukan sahaja sebagai indikator kepada kedudukan tahap pembanunan negara, tetapi juga akan menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara dimasa akan datang.
Aspek pembangunan modal insan amat penting dititikberatkan. Sekiranya modal insannya baik, majulah negara tersebut secara hakikinya, dan sebaliknya. Gelodakan globalisasi dan pembangunan materialisme dan ICT yang semakin kencang ini tidak akan membawa erti sekiranya masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. Justeru, dalam meralisasikan hasrat tersebut, SK Landas telah berjaya mewujudkan Bilik Sumber PPDa yang bergerak aktif memberi info dan mengadakan program kepada murid dan masyarakat sekitar.
Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan pelajar, kerana merekalah pewarsi generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”.
Semoga dengan wujudnya Bilik Sumber PPDa di Sekolah Kebangsaan Landas, maka tercapailah visi dan misi sekolah mahupun Negara.


Sekian, terima kasih.

“SEKOLAH BEBAS DADAH”
“NEGARA BEBAS DADAH”


WAN ABD RAZAK BIN WAN IDRIS
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Landas